Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, January 27, 2014

Ibu Kesal Diarah Susukan Anak Dalam Tandas

6a010536e87b53970b013487f68aba970c-565x565SEORANG ibu muda, Leanna Donaldson Dennis, 18, kesal apabila dia diarahkan untuk menyusukan bayinya di dalam tandas

orang kurang upaya (OKU) sewaktu berada di Restoran Singapore Buffet Express di Clydebank, West Dunbartonshire, Scotland, baru-baru ini.

Dia yang pada ketika itu sedang menikmati makanan tengahari bersama rakannya memohon kebenaran dari pengurus restoran tersebut untuk menyusukan Pete yang berusia dua bulan.

Ibu Kesal Diarah Susukan Anak Dalam Tandas

“Bayi saya jelas kelaparan dan saya bertanya kepada pengurus tersebut, adakah saya boleh duduk di satu sudut untuk menyusukan Pete. Tetapi, dia berkata ‘tidak’ dan mengarahkan seorang pekerjanya untuk membawa saya ke tandas OKU.

“Saya berada di situ selama 20 minit dan kemudiannya keluar kerana merasakan keadaan sangat tidak bersih untuk menyusukan Pete. Kami kemudiannya membayar bil tanpa menghabiskan makanan dan menuju ke pusat membeli-belah Clyde yang lebih ‘mesra’ kepada ibu seperti saya,” ujarnya.

Di negara itu, adalah menjadi hak seorang ibu untuk menyusukan bayi di bawah usia dua tahun di tempat awam dan sebarang percubaan untuk menghalangnya dikira sebagai kesalahan jenayah.

Bagaimanapun, pengurus restoran tersebut kemudiannya menjelaskan kejadian tersebut hanyalah salah faham dan memohon maaf atas perkara itu.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis