Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, September 10, 2013

Perjalanan terakhir

xpix_gal1.pagespeed.ic.qWE0P6yq8lKajang: “Sebaik tiba di lokasi kejadian sebak hati saya melihat Rohaya tersepit kerana kepala lori itu menghempap kereta dipandunya

manakala mayat tiga anaknya sudah dikeluarkan dan terbaring di atas jalan raya.”

Demikian kata Guru Besar Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Rohana Hussin, 59, yang juga majikan kepada Rohaya Md Rabi, 35, yang terbunuh bersama tiga anaknya dalam kemalangan ngeri, di sini, semalam.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 11 pagi di Kilometer 8 Jalan Bangi-Kajang, berhampiran Jambatan Teras Jenang, ketika Rohaya yang memandu Perodua Kancil bersama empat anaknya dalam perjalanan dari Bangi untuk menghantar dua anaknya ke rumah pengasuh di Teras Jernang.
Tiga anak Rohaya yang maut di tempat kejadian ialah Nur Nabila Al-Huda, 9, Nur Nabila Al-Hanan, 7, dan Muhammad Nabil Lutfi Al-Hadif, setahun, manakala Muhammad Nabil Lutfan Al-Husni, 3, parah dan dirawat di Hospital Kajang (HK).

Foto

SUAMI mangsa bersama ahli keluarga tidak dapat menahan kesedihan ketika melihat jenazah di Hospital Serdang.

Rohaya yang juga seorang guru dipercayai mengajar pada sesi petang manakala suaminya mengajar sesi pagi di Sekolah Rendah Kebangsaan Bandar Baru Bangi. Mereka sekeluarga menetap di Taman Impian Putra, Kajang.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis