Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, September 8, 2013

Kim Berang, Kanye Berasmara Dengan Rihanna

Rihanna-Kanye-West-565x389NEW YORK – Khabar angin bertiup kencang bahawa hubungan Kanye West dan kekasihnya,  Kim Kardashian kini bergolak akibat orang ketiga, iaitu

penyanyi Rihanna.

Kim dikatakan mendapat tahu bahawa Kanye telah menghabiskan masa berdua dengan Rihanna dan mereka dilaporkan menyelinap masuk serta keluar dari Hotel New York.

Bagaimanapun Kanye,36, mempertahankan tindakannya dan menyatakan dia menghabiskan masa dengan Rihanna atas urusan perniagaan.

Dalam pada itu, hubungan Kanye dan Kim juga bakal `bergegar’ selepas Lamar Odom merancang untuk mendedahkan rahsia pasangan itu dalam bukunya.

Lamar yang juga suami kepada Khloe Kardashian dilaporkan mahu membalas dendam dan `memusnahkan’ keluarga berkenaan kerana didakwa merosakkan hidupnya.

Dia percaya keluarga Kardashians sengaja menabur cerita buruk mengenai dirinya.

“Lamar akan mendedahkan bagaimana Kim sanggup melakukan apa sahaja demi wang dan individu yang ditidurinya.

“Malah dia juga mahu mendedahkan bagaimana Kim selalu bercerita buruk mengenai Kanye dan Kanya dikatakan busuk ketika tidur. Kim juga dikatakan tidak tertarik dengan Kanye,’’ kata satu sumber

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis