Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, August 22, 2013

Maut tercampak dari bonet di kilometer 154 Jalan Kuantan–Johor

imageROMPIN – Seorang wanita maut tercampak keluar melalui bahagian belakang kereta selepas kenderaan dipandu suaminya itu terbabas di

Serinkin,.
Dalam kejadian yang berlaku di kilometer 154 Jalan Kuantan–Johor sekitar jam 5.50 petang itu, mangsa, Seti Halizah Bonairan, 45, maut di tempat kejadian manakala suaminya, Azman Mat Satt, 47, dan madunya, Junatiah Misbah, 25 cedera ringan.
Anak Junatiah, Ellysa Najwa Azman, 2 tahun, yang mengalami cedera parah meninggal dunia sekitar jam 1.45 pagi, semalam, di Hospital Mersing.
Junatiah berkata, suaminya cuba mengelak kenderaan di hadapannya yang cuba membelok ke kanan menyebabkan kereta dinaiki empat beranak itu terbabas.
“Suami saya mengelak ke kiri dan terbabas lalu melanggar tiang elektrik dan seterusnya masuk ke dalam parit. Semua yang berada dalam kereta tercampak.
“Saya tidak sedar sangat sebab segalanya berlaku dengan pantas. Sedar-sedar saya berada dalam parit dan dibantu oleh orang ramai,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Johari Jahaya yang dihubungi Sinar Harian berkata, kereta tersebut dari Kota Tinggi dan menuju ke Felda Selendang.
“Kereta tersebut yang dipercayai dipandu laju terbabas ke sebelah kiri jalan dan melanggar tiang elektrik lalu terjatuh ke dalam parit sehingga melanggar pembetung.
“Mangsa yang maut di tempat kejadian cedera parah di bahagian kepala selepas terpelanting keluar melalui pintu bonet belakang

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis