Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, July 1, 2013

Tragedi konvoi berdarah di Kilometer 38, Jalan Johor Bahru-Mersing

ne_01.1KEMALANGAN melibatkan empat buah motosikal berkuasa tinggi dan sebuah lori tangki yang mengorbankan nyawa dua penunggang
di Kota Tinggi semalam.

KOTA TINGGI – Rombongan konvoi yang disertai 13 buah motosikal berkuasa tinggi dalam perjalanan ke Terengganu dicemari insiden berdarah apabila dua penunggangnya maut selepas terlibat dalam kemalangan semalam.

Kejadian yang mengorbankan Abdul Rashid Mansor, 48, dan Mohamad Hisham Salleh, 36, itu berlaku pada pukul 12 tengah hari di Kilometer 38, Jalan Johor Bahru-Mersing berhampiran simpang masuk ke taman perumahan Daiman Jaya di sini.

Kemalangan dipercayai berlaku apabila sebuah lori tangki dari arah Mersing dipercayai hilang kawalan lalu terbabas dan melintang di tengah jalan raya.

Keadaan itu menyebabkan empat daripada 13 buah motosikal berkuasa tinggi dari arah Johor Bahru gagal dikawal lalu merempuh lori tangki tersebut.

Ekoran rempuhan itu, sebuah motosikal terbakar manakala sebuah lagi terputus dua. Kedua-dua penunggang mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis