Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, July 23, 2013

Rempuhan kuat belah badan lori di Kilometer 343, Lebuhraya Utara Selatani

imageTAPAH- Lori terbelah! Dua warga Bangladesh maut selepas lori dinaiki

dari Shah Alam ke Pulau Pinang  merempuh belakang sebuah treler yang berhenti di tepi Lebuhraya Utara–Selatan dalam nahas jalan raya kira-kira jam 6.15 pagi di Kilometer 343, Lebuhraya Utara Selatan melibatkan tiga buah kenderaan iaitu treler, lori dan sebuah kereta jenis Proton Iswara turut mengakibatkan dua cedera parah.
mangsa maut adalah warga Bangladesh dikenali Sumam Hossain Abd Kashem, 28, dan Delohar Hossin Md Raju Miah, 31.
kedua-dua mangsa dalam perjalanan dari Shah Alam, Selangor ke Pulau Pinang bersama-sama seorang warga tempatan dan rakan senegaranya yang turut mengalami kecederaan parah dalam kejadian itu.
kejadian berlaku apabila sebuah treler rosak dari arah Kuala Lumpur ke Ipoh berhenti di tepi Lebuhraya Utara Selatan kira-kira lima kilometer  sebelum persimpangan Tol Bidor di laluan lurus serta tidak berbukit.
lori yang dipandu oleh warga tempatan yang dikenali sebagai S Lechumanan, 34, tidak menyedari kedudukan treler yang diletakkan di tepi jalan sebelum  merempuh kenderaan itu.
“Rempuhan mengakibatkan badan lori tersebut tercabut dan tercampak melintang di tengah lebuh raya dan masa yang sama sebuah kereta jenis Proton Iswara dari arah sama  tidak sempat menekan brek disebabkan faktor jarak yang terlalu dekat.
“Kemalangan itu menyebabkan Delohar yang duduk di belakang tersepit lalu maut di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala manakala rakan-rakan mangsa mengalami kecederaan parah

seorang lagi mangsa warga Bangladesh, Sumam, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tapah,selepas putus kedua-dua kaki akibat kemalangan itu.
Manakala,  pemandu warga tempatan dan seorang warga Bangladesh, Alif Hossain Bahar Ali, 25, mengalami kecederaan parah pemandu dan penumpang kereta jenis Proton Iswara hanya mengalami kecederaan ringan manakala pemandu treler tidak mengalami kecederaan 

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis