Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, July 12, 2013

Maut Tersepit Dalam Lori, Mesin Sawit

Maut3TAMBUNAN – Seorang lelaki tempatan terbunuh setelah lori kontena yang dipandunya terbabas dan terjunam

berhampiran Pusat Penerangan Refflesia, Jalan Kota Kinabalu-Tambunan kelmarin.

Mangsa dikenali sebagai Otong Harun, 48, dari Kampung Pingan-Pingan Kota Marudu, meninggal dunia ketika dihantar ke Hospital Tambunan, dalam insiden kira-kira jam 8.30 pagi itu.

Pegawai Perhubungan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah, Mohd Affendy K Ramin, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 8.38 pagi dan sepasukan anggota telah dikerahkan ke situ bagi operasi menyelamat.

“Sebuah jentera dengan 10 anggota digegaskan ke tempat kejadian, selain bantuan daripada Pasukan Bomba Sukarela Tangaban, Tambunan. Mangsa tersepit dalam lori yang dipandunya, dan segera dihantar ke hospital selepas dikeluarkan.

“Bagaimanapun, kita dimaklumkan bahawa mangsa telah disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital,” katanya.

Sementara itu di Kemaman, Terengganu, seorang pekerja kilang maut setelah badannya tersepit ketika sedang menyelenggara mesin memproses kelapa sawit di Kilang Kelapa Sawit Panji Alam Seri Bandi, pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam, berkata kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu berlaku ketika mangsa sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan pada bahagian jentera itu.

Katanya mangsa Mohd Bistari Bistaman, 27, yang berasal dari Felda Jelai 2, Gemas di Negeri Sembilan disahkan meninggal ketika tiba di Pusat Kesihatan Seri Bandi sejurus selepas kejadian.

“Ketika kejadian mangsa bersama adiknya sedang menyelenggara jentera untuk membuang tandan kosong kelapa sawit yang tersekat.

“Namun secara-tiba-tiba jentera berantai itu bergerak dan menghimpit perut dan dada mangsa,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Katanya, panik dengan kejadian itu, adiknya lantas memanggil beberapa pekerja lain bagi membantu mengeluarkan mangsa sebelum mangsa dikejarkan ke Pusat Kesihatan berhampiran.

Akibat kejadian itu mangsa mengalami kecederaan teruk pada bahagian dada dan perut dan disahkan meninggal.

Che Suza berkata mangsa telah dua bulan menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di kilang tersebut dan jenazah dihantar ke Hospital Kemaman untuk dibedah siasat.

“Tiada unsur jenayah dalam kemalangan ini dan kita klasifikasikan mati mengejut,”

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis