Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, July 23, 2013

Maut motosikal gesel kereta

imageGEORGETOWN - Seorang penunggang motosikal maut, manakala rakannya cedera selepas motosikal yang dinaiki mereka bergesel

dengan sebuah kereta dan terbabas di Lorong Batu Lanchang di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 1 petang itu, mangsa Lim Chuah Chin Fu, 25, yang menunggang motosikal jenis Yamaha LC 135 disahkan mati serta merta di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.
Difahamkan, mangsa yang berasal dari Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau menunggang motosikal bersama rakannya dalam perjalanan ke Ayer Itam sebelum bergesel dengan kereta berkenaan di hadapan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Georgetown di sini.
Akibat kejadian itu, mangsa hilang kawalan dan merempuh pembahagi jalan sebelum terpelanting kira-kira 50 meter.
Menurut sumber, pemandu kereta yang bergesel dengan motosikal mangsa dikatakan tidak memberhentikan kenderaan dan berlalu pergi.
“Ketika kejadian laluan di tempat berkenaan agak sesak berikutan di situ adalah kawasan sekolah.
“Bagaimanapun siasatan lanjut masih dijalankan untuk mengenal pasti kenderaan yang bergesel dengan mangsa.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis