Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, July 1, 2013

Maut kena rempuh gara-gara lintas jalan gelap di Jalan Templer menghala ke Kuala Lumpur

imageGOMBAK - Tindakan seorang lelaki menyeberangi laluan gelap berhampiran sebuah stesen minyak

di Jalan Templer menghala ke Kuala Lumpur membawa padah apabila dia dirempuh sebuah kenderaan awal pagi, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 1.30 pagi itu, mangsa yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri maut serta-merta akibat rempuhan kuat dan tercampak di atas kenderaan yang melanggarnya.
Kemalangan yang membabitkan  kereta Perodua Kancil dan pejalan kaki berbangsa India itu berlaku di kilometer 20 Jalan KL-Ipoh menghala ke Kuala Lumpur.
Jurucakap  Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak berkata, pemandu kenderaan dipercayai gagal mengelak berkemungkinan tidak nampak kelibat mangsa yang melintas jalan gelap itu.
“Akibat kecederaan parah di bahagian kepala, patah tangan dan kaki, mangsa disahkan maut serta-merta di tempat kejadian. Mayatnya dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat,”katanya.
Beliau berkata, kes dibuka dan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan terperinci giat dijalankan.
Pemandu kereta yang cedera ringan dirawat sebagai pesakit luar di Hospital Selayang.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis