Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, July 25, 2013

Lady Gaga Artis Bawah 30 Tahun Paling Kaya

gagaPENYANYI Lady Gaga telah diumumkan sebagai artis berpendapatan paling tinggi untuk kategori selebriti berusia 30 tahun ke bawah

oleh majalah Forbes.

Laporan tersebut menyebut Gaga memperoleh pendapatan sebanyak USD$80 juta (RM210 juta) sepanjang tempoh dari Jun 2012 hingga Jun 2013.

Konsert jelajahnya iaitu Born This Way Ball Tour sahaja mendapat keuntungan sebanyak USD$168 juta (RM534 juta) sebelum ia dibatalkan pada Januari lalu.

Pembatalan itu disebabkan Gaga mengalami kecederaan pada bahagian tulang punggungnya semasa menjayakan siri konsert jelajah tersebut dan mengambil keputusan untuk berehat dari bidang seni.

Selain itu, Gaga juga mendapat pulangan daripada penjualan barangan kosmetik, album dan single secara digital.

Tempat kedua dalam senarai itu diduduki oleh Justin Bieber dan pendapatannya dalam tempoh sama dianggarkan mencecah USD$58 juta (RM184 juta) dan diikuti Taylor Swift USD$55 juta (RM174 juta).

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis