Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, July 17, 2013

Jessica Simpson Berparti Selepas Bersalin

jessicaSELEPAS melahirkan anak kedua bernama Ace Knute Johnson, pada 30 Jun 2013, Jessica Simpson dikhabarkan

sudah keluar dari Hospital Cedars-Sinai, Los Angeles, Amerika Syarikat pada Rabu lalu.

Bagaimanapun, menurut laporan E!Online, penyanyi itu yang bersalin secara pembedahan itu terus berparti bagi menyambut hari lahirnya yang ke-33 sejurus selepas pulang ke kediamannya.

"Jika wanita yang baru lepas bersalin terutamanya bagi yang menjalani pembedahan, mereka perlu berehat dalam tempoh masa yang lama. Tetapi lain pula buat Jessica, dia tidak sabar mahu menyambut hari kelahirannya," kata sumber.

Jessica telah hamil anak kedua itu selepas tujuh bulan dia melahirkan anak sulungnya, Maxwell Dre Johnson.

Terdahulu Jessica dan Eric telah menunda pernikahan mereka selepas mendapat tahu Jessica hamil anak pertama. Namun, belum sempat merancang perkahwinan mereka, impian pasangan itu sekali lagi terpaksa ditunda selepas kehamilan anak kedua

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis