Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, July 3, 2013

GAGAL BERSETUBUH KERANA ZAKAR TERLALU PANJANG!

GAGAL BERSETUBUH KERANA ZAKAR TERLALU PANJANG!PENGANTIN LELAKI GAGAL BERSETUBUH KERANA ZAKARNYA PANJANG |

Sukar buat seks dengan isteri kerana zakar panjang (16 sentimenter).

SOALAN

SAYA baru mendirikan rumah tangga. Saya memiliki zakar berukuran panjang 16 sentimeter (sm) dan ukur lilit 12 sm. Masalahnya sekarang, kami sukar memulakan hubungan kerana zakar saya susah untuk dimasukkan. Apakah kerana saiz zakar saya atau mungkin saiz isteri saya menyebabkan masalah ini?

HATTA

Kluang, Johor

JAWAPAN

Zakar berukuran sederhana seperti 10 sm ketika erek dan 10 sm ukur lilit juga sukar disalurkan ke dalam faraj jika wanita itu tidak memberi kerjasama seperti melegakan pembukaan faraj dengan tidak mengemut, sebaliknya melonggarkan dengan mengembangkan otot pembukaan faraj.

Malah dalam keadaan seriau, proses rangsangan anggota sulit perempuan tidak membina. Tisu pengembang anggota sulit wanita menjadi kurang elastik dan kekurangan bahan pelicin atau kelembapan faraj menjadikan sukar menyalurkan zakar yang erek ke dalam faraj.

Jika wanita itu dapat rangsangan mencukupi dengan anggota sulitnya mengembang dan bibir besar dan kecil lega dan meluas sambil wujud lelehan dari pembukaan faraj, mudah untuk zakar yang erek itu masuk.

Sama juga dengan zakar yang berukuran seperti anda. Jika anggota sulit perempuan mengembang dan lelehan cecair mencukupi, ia mudah masuk. Sedangkan bayi yang besar itu boleh keluar, inikan pula zakar yang jauh lebih kecil berbanding bayi.

Guna banyak bahan pelembap dan pastikan pembukaan faraj lega dan terdedah. Sekali sudah masuk, lain kali akan jadi biasa saja.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis