Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, July 11, 2013

Bunga bangkai mekar di Brussels

du_07.1BRUSSELS - Para pelancong di Belgium berbaris panjang untuk merebut peluang melihat sebatang pokok bunga bangkai atau

nama santifiknya, Titan Arum di Taman Botani Negara dekat sini, lapor sebuah akhbar semalam.

Bunga bangkai itu dilaporkan mula mekar pada 7 Julai lalu. Tumbuhan itu hanya mekar selama beberapa hari sebelum kuncup semula.

Keadaan itu menyebabkan orang ramai berpusu-pusu mengunjungi botani tersebut sehingga lewat petang kelmarin untuk melihat sendiri rupa sebenar bunga bangkai.

Bunga dari Sumatera, Indonesia itu telah mekar sebanyak tiga kali sejak tahun 2008.

Ia yang mempunyai ukur lilit 2.44 meter hanya mekar selama tiga hari di sebuah rumah hijau di taman botani tersebut.

Titan Arum yang berbau busuk merupakan antara bunga paling besar dan jarang ditemui di dunia.

Bunga itu mekar buat kali ketiga dalam tempoh lima tahun, sekali gus suatu fenomena yang jarang berlaku.

Pada kebiasaannya, Titan Arum mengambil masa bertahun-tahun untuk mekar.

Di habitat asalnya di Indonesia, kebiasaannya bunga tersebut dikenali sebagai bunga mayat atau bunga zakar cacat besar oleh masyarakat tempatan kerana bentuknya.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis