Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, June 25, 2013

Tahan Sejuk Berbogel Demi Baju Percuma

JepunSabtu lalu, sebilangan wanita di Tokyo sanggup menahan kesejukan dengan hanya memakai coli dan seluar dalam atau bikini semata-mata inginkan

pakaian percuma.

Tindakan itu bagi menjayakan syarat dikenakan Desigual, sebuah butik yang terkenal dengan rekaan warna warni berpusat di Barcelona. Desigual pernah mengadakan promosi ‘separuh bogel’ sebegini di cawangan mereka di Barcelona, Paris dan New York namun ini yang pertama di Asia.

Kira-kira 350 wanita beratur di luar kedai yang terletak di daerah Harajuku sejak sebelah malam dengan tubuh terdedah, walaupun cuaca mendung kerana musim hujan sekarang.

Bagaimanapun hanya 100 orang terawal dibenarkan masuk, dalam acara yang bermula jam 10 pagi itu.

Kesemua wanita terbabit cukup teruja apabila dibenarkan memilih dan memakai sepasang pakaian yang terus menjadi milik mereka di dalam kedai tiga tingkat berkenaan.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis