Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, June 18, 2013

Melambung, berpusing 100m

imageNILAI - Sebuah kereta Perodua Myvi melambung dan berpusing hampir 100 meter sebelum termasuk ke dalam longkang

di kiri jalan dalam satu kemalangan di Kilometer 287.5 Lebuhraya Utara - Selatan menghala ke selatan, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira 7.15 pagi itu, pemandu Myvi, Muhammad Nurfaizzuddin Hishamuddin, 20, dan ibunya, Faridah Abd Rahman, 53, sedang dalam perjalanan pulang ke kampung di Muar, Johor.
Jurucakap polis peronda lebuhraya berkata, kemalangan tersebut berlaku apabila kenderaan dinaiki anak-beranak terbabit yang berada di lorong kanan dirempuh sebuah kenderaan lain dari arah belakang.
“Impak perlanggaran yang berlaku menyebabkan kereta dipandu hilang kawalan lantas merempuh sebuah pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max kepunyaan Low Chiang Yow, berusia 71 tahun, sehingga mengakibatkan Myvi berkenaan melambung di udara.
“Bagaimanapun, Chiang Yow tidak mengalami sebarang kecederaan kecuali kerosakan pada kenderaan dinaiki selepas terbabas dalam longkang, manakala pemandu dan penumpang Myvi pula dirawat sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Nilai berikutan cedera ringan,” katanya kepada pemberita, di sini, semalam.
Beliau bagaimanapun berkata, jenis kenderaan yang melanggar Myvi berkenaan masih belum dikenal pasti kerana melarikan diri sejurus selepas kemalangan berlaku.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis