Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, June 8, 2013

Kereta terhumban dalam parit di Jalan Sempadan Kiri,

imagePARIT BUNTAR - Gara-gara pitam ketika memandu, seorang penjawat awam berhadapan detik cemas apabila ..

kereta dipandunya terhumban ke dalam sebuah parit di Jalan Sempadan Kiri,
Lebih mengejutkan, kereta yang dinaikinya baru digunakan sehari selepas dibaik pulih di sebuah bengkel akibat dalam kemalangan tiga minggu lalu.
Mangsa yang hanya dikenali sebagai Izlan, 28, berkata, dalam kejadian lebih kurang jam 12.30 tengah hari, dia  dalam perjalanan dari rumahnya di Parit Kasa ke pekan Parit Buntar sebelum pitam secara tiba-tiba ketika memandu.
Menurutnya, dia langsung tidak sedarkan diri dan hanya menyedari dirinya terbaring di atas tanah berhampiran lokasi kejadian setelah diselamatkan seorang penduduk di situ.
“Seorang penduduk memberitahu kereta dipandu saya hilang kawalan secara tiba-tiba, terus memasuki laluan bertentangan dan akhirnya terhumban ke dalam parit di Kampung Batu Dua.
“Mujurlah tiada kenderaan berada di laluan bertentangan dan keadaan air dalam parit cetek akibat musim kemarau, jika tidak saya tidak dapat membayangkan perkara tidak diingini berlaku pada saya,” katanya sewaktu ditemui, di sini.
Izlan berkata, kejadian serupa berlaku kepadanya sebelum ini sehingga menyebabkan kereta dipandu bertembung sebuah kenderaan lain dalam kejadian kemalangan tiga minggu lalu.
“Mungkin selepas ini saya akan membuat pemeriksaan kesihatan dan lebih berhati-hati memandu bagi mengelakkan kejadian serupa berulang kembali,” katanya.
Sementara itu, saksi kejadian hanya dikenali sebagai Haris, 24, berkata, kenderaan jenis Proton Saga yang dipandu mangsa hilang kawalan secara tiba-tiba sebelum terhumban ke dalam parit.
Jelasnya, dia bersama beberapa penduduk lain segera meluru ke kereta itu untuk menyelamatkan mangsa dan mendapati mangsa berada dalam keadaan tidak sedarkan diri.
“Sejurus mangsa sedar, dia mengakui mengalami pitam sewaktu memandu dan mujurlah tiada perkara buruk berlaku,”

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis