Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, June 27, 2013

Gadai nyawa kejar pencuri

imageKUALA TERENGGANU - Walaupun dalam keadaan basah kuyup, dua remaja nekad mengejar seorang lelaki

selepas cuba melarikan telefon bimbit mereka semasa sedang mandi-manda di Sungai Kampung Banggol Peradong, Manir, .
kira-kira jam 5 petang..kedua-dua remaja, Alif Adam, 17, dan sepupunya, Iskandar Dzulqarnain Abdullah, 15, tidak bernasib baik kerana motosikal mereka bertembung dengan sebuah kereta yang muncul mengejut semasa tiba di jalan Kampung Banggol Peradong, Manir
Berikutan kejadian itu, Alif yang juga penunggang motosikal cedera parah dan tidak sedarkan diri kerana  melambung ke arah cermin kereta, manakala Iskandar Dzulqarnain hanya cedera di mata.
kejadian berlaku apabila kedua-dua remaja terbabit nekad mengejar suspek berusia 21 tahun sejurus menyedari telefon bimbit milik mereka yang diletakkan di bawah kusyen motosikal dilarikan.
“Sebelum itu, kedua-dua mangsa sedang mandi manda di sungai kampung berkenaan sebelum menyedari kehadiran suspek dikenali yang tinggal berhampiran kampung mereka.
“Suspek telah menyelongkar kusyen motosikal jenis Honda EX5 yang diletakkan berhampiran tempat mereka mandi, sebelum melarikan telefon bimbit berkenaan
dua remaja terbabit kemalangan ketika mengejar suspek apabila tiba di satu simpang, secara tiba-tiba muncul sebuah kereta dan disebabkan terlalu laju, Alif tidak sempat mengelak lalu melanggar kereta tersebut sebelum melambung ke arah cermin pintu kereta di bahagian pemandu.
“Pemandu kereta terbabit hanya cedera ringan akibat terkena serpihan kaca.
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis