Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, May 2, 2013

Tragis : Sudahlah digilis hancur, diseret pula sejauh 100 meter

________article-2141931-1301477A000005DC-282_634x000Seorang penunggang motosikal maut dengan tubuhnya hancur diseret sebuah treler sejauh
100 meter dalam kemalangan di Simpang Lima di sini, kelmarin. Dalam kejadian jam 5 petang itu, mangsa, M Sharendran, 22, meninggal dunia di tempat kejadian dalam keadaan tubuh masih tersepit di bawah tayar treler berkenaan. Motosikal bergesel Saksi kejadian, Saiful Mua’zam, 21, berkata, dia nampak motosikal jenis Yamaha ditunggang mangsa bergesel dengan sebuah lori ketika memberhentikan motosikalnya di tepi jalan berhampiran Balai Polis Parit Buntar.
“Ketika kejadian hujan renyai-renyai dan keadaan jalan agak sibuk kerana waktu puncak. “Saya tergamam apabila melihat motosikal mangsa bergesel hingga menyebabkan dia terjatuh di bawah tayar belakang lori. Berikutan digilis di bawah tayar, badannya hancur dan kesan tubuh mangsa diseret serta darah dapat dilihat jelas,” katanya yang ditemui di lokasi kejadian. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kerian Superintendan Mat Fauzi Nayan mengesahkan menerima laporan kemalangan itu. “Mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat dan punca kejadian masih dalam siasatan

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis