Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, May 31, 2013

Temui ajal ketika melintas jalan di Taman Rasah Jaya

imageSeorang warga emas menemui ajal ketika sedang melintas jalan raya selepas dilanggar sebuah kereta di persimpangan jalan Taman Rasah Jaya dan Taman Bukit Nuri

Temui ajal ketika melintas jalan.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa, Siow Sak Ku, 76, maut di tempat kejadian akibat mengalami cedera parah pada kepala dan badan.
Jurucakap polis berkata, ketika kejadian, mangsa yang berjalan berseorangan dipercayai sedang melintas jalan berkenaan sebelum dilanggar oleh sebuah kereta jenis Toyota Corolla dipandu seorang lelaki berusia 33 tahun.
“Hasil siasatan awal mendapati, pemandu kereta berkenaan dalam perjalanan menuju ke Rasah Jaya namun sejurus tiba di lokasi terbabit dia tidak nampak mangsa sedang melintas jalan.
“Kejadian itu mengakibatkan mangsa tercampak beberapa meter dan maut di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah,” katanya.
Menurutnya, mayat mangsa dibawa ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJS) untuk bedah siasat sebelum diserah kepada keluarga untuk urusan pengebumian.
Menurut jurucakap polis lagi, pemandu dan penumpang kereta terbabit bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan namun terkejut dengan kejadian yang berlaku.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis