Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, May 5, 2013

Mangsa kemalangan terperosok bawah lori di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Ujong,

image (1)SEREMBAN –

Seorang warga asing maut selepas motosikal ditungganginya terperosok bawah lori

di persimpangan lampu isyarat Jalan Sungai Ujong,Dalam kejadian kira-kira 8 pagi itu, mangsa, Rasham Singh, 37, maut selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan.
Jurucakap polis berkata, berdasarkan siasatan awal, mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda EX5 secara bersendiran dipercayai mengubah haluannya.
“Bagaimanapun, lori yang berada di laluan sama tidak nampak motosikal itu lalu merempuhnya dari belakang ketika mahu meneruskan perjalanan semasa lampu isyarat bertukar hijau.
“Kejadian itu mengakibatkan motosikal mangsa terperosok ke bawah lori, menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah," katanya.
Menurutnya, mangsa merupakan kontraktor dan sudah menetap di negara ini sejak lima tahun lalu.
Manakala pemandu lori berusia lingkungan 40-an bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan dan polis sudah mengambil keterangannya.
“Siasatan awal mendapati lori yang membawa muatan kotak dalam perjalanan menuju ke Shah Alam bagi menghantar muatan berkenaan.
"Pemandu lori itu memberitahu dia tidak nampak motosikal berkenaan dan hanya mengetahui berlaku kemalangan selepas melihat menerusi cermin sisi, sebelum memberhentikan kenderaan,”

Sumber

1 comment:

  1. eee.. ngeri nk tengok..

    done follow/singgah sini.. jom follow/singgah blog teman.. heee.. http://tengkubutang.blogspot.com/

    klu minat kucen leh follow blog ni jugak.. =)
    http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

    ReplyDelete

ShareThis