Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, May 3, 2013

Lindsay Lohan Bawa 270 Baju Ke Pusat Pemulihan

lindsayLINDSAY Lohan telah membuat persiapan membawa sebanyak 270 pasang baju untuk ke pusat pemulihan Seafield Center, Hamptons,

Amerika Syarikat, tidak lama lagi.

Menurut laporan portal Dailymail, bintang yang penuh dengan masalah sosial itu mahu tampil kemas dan cantik meskipun berada di pusat pemulihan.

Ratusan pasang baju telah dipaparkan Lindsay menerusi akaun Instagram miliknya. Katanya dia akan menggantikan bajunya sebanyak tiga kali sehari.

Lindsay menunjukkan sebahagian baju yang akan dibawanya ke pusat pemulihan di Instagram miliknya.

Pihak mahkamah telah menjatuhkan hukuman terhadap Lindsay dengan menghantar pelakon itu ke pusat pemulihan selama 90 hari kerana tindakannya berbohong kepada pihak polis.

Lindsay telah menipu pihak polis kononnya bukan dia yang memandu kereta sehingga mengakibatkan kemalangan pada tahun 2012, sedangkan dia yang melakukan kesalahan tersebut.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis