Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, May 7, 2013

60 nyaris maut nahas di Kilometer 202.3, Lebuhraya Plus

image (1)ALOR GAJAH -

Lebih 60 pengguna lebuh raya nyaris maut selepas terbabit dalam dua kemalangan berasingan membabitkan 11 kereta dan dua bas ekspres

image (2) di Kilometer 202.3, Lebuhraya Plus arah selatan, semalam.

Dalam kejadian pertama kira-kira jam 2.45 petang di Kilometer 202.3, sebuah bas ekspres dari Kuala Lumpur ke Melaka bersama 27 penumpang hilang kawalan sebelum merempuh lima kereta.

Difahamkan, bas ekspres berkenaan hilang kawalan berikutan jalan licin dalam cuaca hujan selepas cuba mengelak kemalangan membabitkan sebuah Perodua Myvi.
Akibat kejadian, bahagian belakang Perodua Myvi berkenaan dirempuh sebuah Naza Citra disusuli rempuhan berturut-turut dari belakang membabitkan Proton Waja, Pesona dan Toyota Vios.
Menurut sumber, kejadian membabitkan lima kereta itu menyebabkan bas ekspres berkenaan hilang kawalan dan terbabas masuk ke lorong tengah dan terseret sebelum terhenti di lorong kecemasan.
“Bas berkenaan hilang kawalan kerana mengelak dari terus merempuh belakang sebuah kereta di hadapan mengakibatkan bas terbabas dan berpusing di tengah lebuh raya sebelum berhenti di lorong kecemasan.
“Kejadian menyebabkan kesemua penumpang menjerit ketakutan, namun mereka selamat meskipun ada beberapa penumpang mengalami kecederaan ringan,” katanya.
Penumpang bas, Zulkarnain Abd Rahman, 20, berkata, dia yang duduk hadapan terkejut apabila bas dinaiki di lorong kanan secara tiba-tiba menekan brek mengejut sebelum hilang kawalan masuk ke lorong kiri.
“Dalam keadaan panik, saya terpaksa berpaut pada tempat pemegang kerusi mengelak dari terus melayang dalam bas kerana bimbang bas akan terbalik selepas mengelak dan dengar seretan bunyi brek bas,” katanya.
Sementara itu, pemandu bas ekspres dalam kemalangan kedua, Mohd Anuar Othman, 58, dari arah Terminal Bandar Selatan ke Melaka Sentral mendakwa cuba mengelak beberapa kenderaan di hadapan.
Katanya, selepas bas menyenget ke kanan, dia terpaksa merempuh dua kenderaan manakala sebuah kereta di lorong kiri terus merempuh belakang bas yang terbalik.
“Selepas bas terhenti, saya minta penumpang keluar dari bas dengan menyusur tingkap yang pecah di sebelah kanan dan mendapati semua penumpang dalam keadaan selamat. Saya minta mereka lari ke bahu jalan.
“Mujur pemandu tiga kenderaan yang dihempap dengan bas berjaya keluar dengan sendiri dan mengalami kecederaan ringan manakala seorang pemandu kereta yang parah dibawa ke hospital oleh orang awam,

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis