Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Saturday, April 27, 2013

Wanita Malu Digelar Paling Cantik di Dunia

gwyneth-paltrowPerasaan pelakon Iron Man 3, Gwyneth Paltrow, 40, bercampur baur apabila mendapat tahu dia dianugerahkan gelaran Wanita Paling Cantik di Dunia

oleh majalah popular Amerika, People.

Bercakap sewaktu di majlis tayangan gala Iron Man 3, aktres yang memainkan watak sebagai 'kekasih' kepada Tony Stark aka Iron Man ini mengakui dia berasa sangat malu tetapi gembira dengan penghargaan tersebut. 

"Ia sangat pelik. Ia adalah giler. Sangat-sangat manis. Saya begitu berbesar hati. Saya gembira", kata isteri kepada Chris Martin (vokalis Coldplay) ini.

Sementara itu, 'kekasihnya' Robert Downey Jr. berkata, "Saya sangat gembira untuk dia".

Ibu kepada dua cahaya mata ini juga memberitahu reaksinya di saat menerima berita tersebut, "Sejujurnya saya ingatkan ada oarang yang nak bergurau dengan. Saya baca email saya sampai tiga kali. Saya seperti tidak boleh menerima kenyataan itu. Ia sangat menakjubkan."

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis