Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, April 17, 2013

Pondan Menyamar Jadi Doktor Ditangkap Polis

Pondan Menyamar Jadi Doktor Ditangkap Polis

Gambar hiasan

Setiap hari ada sahaja kes penipuan dilaporkan akhbar yang dapat kita baca. Menariknya, kes-kes penipuan yang berlaku ini adalah tersangat licik dan terancang rapi. Sama seperti kes pondan yang menyamar doktor ini di Melaka.

Menurut akhbar Sinar Harian, polis telah menahan seorang pondan yang menyamar sebagai doktor perubatan dan memperdaya lima klinik di sekitar daerah Melaka Tengah di sini untuk menerimanya sebagai pekerja sambilan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Melaka Supt Soh Hock Sing berkata lelaki berusia 26 tahun yang dikenali sebagai ‘Doktor Ika’ itu turut memalsukan Sijil Perakuan Amalan Tahunan bagi menyakinkan majikan untuk mengupahnya dengan bayaran maksimum RM45 sejam.
Beliau berkata lelaki tersebut dipercayai menyamar sebagai doktor dengan menggunakan salinan sijil dari Majlis Perubatan Malaysia ketika memohon pekerjaan berkenaan di lima klinik di Sungai Udang, Batu Berendam dan Melaka Baru sejak Januari lepas.
“Salinan sijil yang dicetak berkenaan mempunyai nombor siri yang sebenarnya milik pegawai perubatan lain tetapi dipalsukan suspek,” katanya pada sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau berkata lelaki yang berasal dari Sabah dan menetap di Ampang, Kuala Lumpur itu, didapati menyewa rumah di Batu Berendam di sini dan dipercayai turut menggunakan helah sama di Perak dan Pahang sebelum berpindah ke Melaka bagi mengelak dikesan.
Katanya siasatan awal mendapati lelaki yang tidak mempunyai pekerjaan tetap itu dikatakan memberi lebih perhatian kepada pesakit lelaki yang datang mendapatkan rawatan.
Soh berkata bagaimanapun penyamaran doktor palsu yang berwajah ayu, bertubuh kecil dan sering berbaju kurung serta bertudung itu terbongkar apabila sebuah klinik di Batu Berendam menerima aduan daripada seorang isteri pesakit yang memberitahu suspek sering menghubungi suaminya melalui telefon bimbit.
Beliau berkata aduan itu kemudian membawa kepada pendedahan maklumat peribadi sebenar doktor palsu tersebut yang dilakukan klinik berkenaan sebelum membuat laporan polis pada 8 April lepas.
Katanya bertindak atas aduan tersebut, satu pasukan khas ditubuhkan dan seorang pegawai JSJK menyamar menjadi pesakit suspek sebelum berjaya menahannya di Batu Berendam pada 11 April lepas.
Sehubungan itu beliau meminta mangsa yang terdiri daripada pemilik klinik yang pernah menggaji suspek dan bekas pesakit yang pernah mendapatkan rawatan tampil bagi membantu siasatan.
Lelaki tersebut ditahan reman selama empat hari sehingga Isnin depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 419 Kanun Keseksaan kerana menyamar untuk tujuan menipu

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis