Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, April 19, 2013

Aktres Lucah Jepun lebih popular daripada Mao

SORA AOIAktres Jepun, Sora Aoi mencatat sejarah sebagai selebriti filem lucah paling popular di China

selepas 41 juta orang mencarinya di Google, angka yang melebihi carian untuk bekas pemimpin negara itu, Mao Zedong mahupun ahli sukan terkenal, Yao Ming serta Confucius.

Ia dianggap mengejutkan kerana majoriti daripada filem lakonannya diharamkan di Beijing meskipun orang yang pakar dalam komputer boleh mengelak tapisan pihak berkuasa China menggunakan pelayan proksi.

Sora bukan hanya dianggap fenomena ‘hangat’ di China tetapi semakin popular selepas digelar ‘pelacur’ oleh seorang selebriti internet negara itu, baru-baru ini.
Aktres itu membalas gelaran itu dengan berkata: “Saya tanggalkan pakaian di depan kamera untuk mencari pendapatan tetapi ada yang berpakaian di depan kamera kerana kepentingan peribadi dan muslihat semata-mata.”
Tinjauan di internet mendapati Sora mendapat sokongan majoriti, lebih-lebih lagi selepas membintangi filem berjudul Sora Aoi Becomes a Prostitute baru-baru ini.
Seorang pelayar web berkata: “Sora Aoi seorang bidadari kerana menanggalkan pakaiannya.”
Malah, dalam satu pendedahan menggemparkan, sebuah balai polis di timur laut China membuka akaun web yang hanya semata-mata bertujuan mengikuti perkembangan Sora.
“Semua laman web berita yang terkenal menyiarkan laporan mengenainya. Kami tidak perlu pergi jauh untuk mengikuti perkembangannya,” kata seorang warga China.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis