Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, March 12, 2013

URUT ISTERI ORANG

IMG_1069

'Zara', 28 tahun mula berkhidmat di pusat urut kira-kira 2 tahun lalu.

"Saya bercinta selama 3 tahun, bekas teman lelaki saya berjanji mengahwini saya.
Namun selepas saya menyerahkan tubuh, dia meninggalkan saya," 

katanya. Saya terus mendengar sambil visual temu bual dirakamkan 

oleh jurukamera, Rohaizat Roslan dibantu juruteknik, Siva-G.

"Siapakah sebenarnya wanita bekerja sebagai pengurut?," soal saya.
Bilik lokasi rakaman digelapkan, hanya bentuk tubuh Zara sahaja kelihatan.

Janji saya kepada anak kelahiran Kuala Lumpur itu, identiti dirinya tidak akan didedahkan.
Hanya kisah hidupnya, bakal saya kongsikan bersama penonton 

Majalah 3, 'Rela atau paksa', 20 Oktober, Sabtu, jam 9 malam.

"Gadis bujang, ibu tunggal dan isteri orang," jawabnya. Saya

tersentak buat seketika. "Isteri orang? Mereka turut melakukan 

urutan batin (urutan kemaluan lelaki)?," tanya saya untuk mendapat kepastian.
"Ya, urutan badan, 45 minit, RM110, urutan batin, RM100 untuk 20 minit," jelasnya. 

Sebaik mendengar kenyataan itu, spontan terlintas di fikiran saya, suami

manakah sanggup mengizinkan isteri mereka melakukan kerja sebegitu?

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis