Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, March 1, 2013

Syafiq Yusof Mahu Filem Melayu Setaraf Hollywood

syafiq

Pengarah filem muda Syafiq Yusof mahu filem-filem yang dihasilkannya pada masa akan datang memiliki nilai-nilai kualiti setaraf Hollywood

Syafiq, 20, berkata, memiliki ilmu teknik-teknik kamera dan teknik pengimejan berkomputer (CGI) yang mendalam mampu menghasilkan sebuah filem berkualiti tinggi hampir setaraf filem antarabangsa.

"Orang selalu tanya kenapa filem Melayu tak macam Hollywood? Saya sebagai pengarah juga bercita-cita untuk menghasilkan filem sebegitu.

"Jadi dengan bajet yang tidak besar, kita gunakan ilmu dengan memperkenalkan teknik-teknik yang ada bagi menambah baik kualiti filem supaya hasilnya hampir sama dengan mereka (Hollywood)," katanya.

Syafiq ditemui selepas majlis Anugerah Cipta Festival Filem Malaysia ke-25 (FFM25) pada malam Rabu lalu di e@Curve.

Lakonan Shaheizy Sam dalam filem SAM.

Pada malam itu Syafiq buat pertama kalinya meraih anugerah Pengarah Harapan Terbaik menerusi filem sulungnya, SAM (Saya Amat Mencintaimu), terbitan Skop Productions.

Beritahu anak kepada Datuk Yusof Haslam ini, dia tidak menyangka karya filem sulungnya itu diberi pengiktirafan besar dalam FFM25.

"Walaupun saya ada mengharapkan untuk menang, tetapi tak sangka ia benar-benar menyebelahi saya.

"Bagaimanapun kemenangan ini menjadi pemangkin untuk menaikkan semangat saya berkarya untuk filem-filem seterusnya," ujarnya.

Dalam perkembangan lain, Syafiq kini sedang sibuk mengarahkan filem keduanya berjudulAbang Long Fadhil yang masih lagi menjalani penggambaran di sekitar ibu kota.

Filem yang akan ditayangkan tahun depan itu dibarisi pelakon-pelakon popular seperti Zizan Razak dan Aaron Aziz.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis