Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, March 1, 2013

Sindir Pembangkang, Tiada Tindakan Terhadap Salih Yaacob


 Pihak Pengurusan Astro Radio tidak bercadang untuk mengambil sebarang tindakan terhadap penyampai radio Sinar FM, Salih Yaacob, 52, berhubung penyebaran videonya yang seolah-olah menyindir pihak pembangkang.

Menurut wakil daripada Astro, perkara tersebut tiada kaitan dengan syarikat penyiaran itu dan ia merupakan urusan peribadi Salih.
"Kami terkejut tentang perkara itu namun begitu bagi kami video tersebut tidak ada kaitan dengan Astro.
"Ia adalah perkara peribadi beliau, kita tidak campur tangan," katanya kepada mStar Online, ketika dihubungi di sini pada Khamis.
Isu itu timbul apabila video Salih bersama pelawak Nabil Ahmad berjudul Bangkang Dari Longkang telah tersebar di Internet sehingga mendapat kritikan penyokong parti pembangkang kerana ia dilihat seolah-olah mempersendakan parti berkenaan.
Salih (kanan) bersama Nabil Ahmad dalam adegan Bangkang Dari Longkang.
Dalam rakaman itu Salih yang memegang watak ahli politik membuat pelbagai janji untuk memenangi hati rakyat sebaliknya semua itu hanyalah kata-kata kosong sebelum dapat menakluki Putrajaya.
Penyebaran video komedi selama 2.50 minit itu juga telah membuatkan Salih memohon maaf kepada semua pihak menerusi akhbar Utusan Malaysia pada Khamis selain mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia hiburan.
Dalam perkembangan berkaitan Astro Radio berkata, setakat ini pihaknya tidak mendapat apa-apa surat peletakan jawatan daripada Salih dan beliau masih lagi penyampai Sinar FM.
"Dia masih lagi deejay radio kami kerana tiada apa-apa surat peletakan jawatan kami terima.
"Apa-apa pun kami tidak akan memanggilnya berhubung isu itu,” jelas juru cakap berkenaan.

No comments:

Post a Comment

ShareThis