Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, March 1, 2013

Setiausaha akhbar maut dalam kemalangan di kilometer 232 Lebuhraya Utara Selatan

SIVAM BALAN / KEMALANGAN

REMBAU:

Setiausaha Akhbar Menteri Sumber Manusia, B Sivam, 35, dan pemandunya Hazrin Hasan, 35, yang menaiki pacuan empat roda maut dalam kemalangan

di kilometer 232 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah selatan, jam 9 pagi tadi.

Mangsa bersama seorang pemandu Kementerian Sumber Manusia yang dalam perjalanan dari Putrajaya ke Pusat Latihan Teknologi Tinggi (Adtec), Melaka, untuk program penyerahan baucer buku dan dan MOU dengan Asia E Univesiti yang dihadiri Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Subramaniam berkata beliau dimaklumkan mengenai kejadian itu selepas dimaklumkan seorang kakitangan ketika dia dalam perjalanan ke Alor Gajah dari Segamat, Johor.
Beliau berkata Sivam datang dari Kuala Lumpur untuk bertemu dengannya di Alor Gajah.

“Pihak polis memaklumkan kejadian kepada pihak kementerian yang kemudian memberitahu saya dan saya segera bergegas ke Hospital Tampin,” kata Subramaniam ketika dihubungi di sini.

Subramaniam berkata, beliau masih menunggu laporan lanjut mengenai kejadian itu daripada pihak polis.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis