Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, March 15, 2013

Salwa Razak Tak Suntikan Botoks

salwa razak

Perubahan wajah penyanyi Salwa Razak yang dilihat berbeza berbanding ketika di awal kemunculannya pada 2010 tidak ada kena mengena dengan suntikan botoks

seperti yang didakwa beberapa pihak.

Salwa yang sebelum ini menggunakan nama Aurora Salwa, 28, berkata, tidak berani untuk menggunakan botoks mahupun pembedahan plastik semata-mata untuk kelihatan cantik.

"Diakui saya menggunakan vitamin C, kolagen dan glutation iaitu sejenis keperluan tambahan untuk mencantikkan wajah.

"Tetapi saya tidak berani mengubah wajah dengan cara pembedahan plastik atau botoks.

"Cukuplah dengan beberapa jenis makanan tambahan yang diambil untuk menjaga kesihatan kulit," katanya.

Salwa ditemui pada majlis pelancaran single lagu terbaharunya, Hidup Baru di bawah syarikat pengurusan baharu iaitu JJ Partner's Solution Sdn. Bhd. di Hard Rock Cafe, di sini, Khamis.

Sebelum ini, Salwa bernaung di bawah syarikat rakaman Sony Music Malaysia selama dua tahun (2010-2012).

Beritahu Salwa yang pernah popular menerusi lagu Ahmad, Hidup Baru merupakan sebuah lagu yang menampilkan perubahan dirinya yang lebih matang.

"Hidup Baru merupakan single ketiga saya selepas Kau Tak Menarik Lagi. Ia juga menunjukkan transformasi diri menjadi lebih matang daripada segi muzik, kehidupan serta penampilan imej saya," ujarnya.

Dalam pada itu penyanyi ini berkata dia juga gembira apabila JJ Partner's turut memberi tunjuk ajar daripada segi imej dan komunikasi media untuk menonjolkan diri serta menguatkan lagi kedudukannya sebagai penyanyi

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis