Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, March 15, 2013

Rakan ditetak lepas janji Kongsi Isteri

image (3)

ALOR GAJAH - Seorang bekas banduan melakukan perjanjian gila dengan membenarkan rakannya mengadakan hubungan sulit dengan isterinya sendiri

.
Lelaki berusia lingkungan 30-an itu membuat perjanjian itu selepas isterinya melahirkan anak luar nikah yang kini berusia lima tahun, hasil hubungan sulit dengan rakannya itu ketika

dia menjalani hukuman penjara selama tujuh tahun.
Mengikut perjanjian mereka, rakannya itu dibenarkan berjumpa isteri dan anaknya, pada sebelah siang sahaja.
Bagaimanapun, perjanjian tersebut memakan diri apabila rakannya melanggar syarat itu.
Akibatnya mereka bergaduh hingga membawa kepada pertumpahan darah, awal pagi kelmarin.
Dalam kejadian kira-kira 1 pagi itu, bekas banduan terbabit naik angin dan menetak rakannya dengan parang di rumahnya di sebuah taman perumahan, dekat sini, apabila mendapati rakannya itu berjumpa isterinya untuk melakukan hubungan seks pada sebelah malam.
Menurut sumber, rakan lelaki berkenaan datang ke rumahnya pada sebelah malam dalam keadaan mabuk, sambil membawa parang.
“Kedatangan rakannya itu menyebabkan bekas banduan berkenaan berang sehingga berlaku pergelutan menyebabkan parang yang dibawa rakannya terlepas. Bekas banduan itu kemudian merampas parang berkenaan lalu menetak kepala rakannya dan melibas di leher.
“Pergaduhan itu menyebabkan jirannya terjaga apabila terdengar bunyi hentakan pada dinding dan jeritan kuat, sebelum bertindak menghubungi polis.

"Mangsa cedera parah menerima sembilan jahitan di kepala, selain tujuh jahitan di leher.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis