Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, March 18, 2013

Ragut nyawa 3 generasi

pix_gal1 (1)

Batu Pahat: “Saya sempat melambai tangan ketika mereka berlima keluar rumah

menaiki Perodua Myvi untuk pergi ke Kukup, Pontian, namun tidak menyangka tiga generasi keluarga itu maut dalam kejadian berkenaan,” kata Siti Zaida Jamhari, 28, jiran tiga sekeluarga yang maut dalam kemalangan di Kilometer 37, Jalan Kluang-Ayer Hitam berhampiran Kampung Manong, di sini, semalam.

Siti Zaida berkata, dia diberitahu lima sekeluarga itu bercadang pergi Kukup untuk bercuti namun tidak menyangka itu kali terakhir dia melihat mereka.

Dalam kemalangan kira-kira jam 2.55 petang itu, empat maut apabila Perodua Myvi dinaiki lima sekeluarga itu dirempuh sebuah Hyundai Matrix.
Tiga sekeluarga yang maut termasuk wanita mengandung lima bulan, Noraslina Ibrahim, 28, yang duduk di tempat penumpang depan; ibunya Fatimah Yusof, 48, dan dan neneknya Siti Omar, 75, yang duduk di belakang.

Foto

KEADAAN kenderaan mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Kluang-Ayer Hitam, semalam.

Pemandu Hyundai Matrix, Sim Kock Hwa, 35, turut maut di lokasi kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis