Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, March 18, 2013

PISANG BEBUAH PADA BATANG

2013-03-17_224150

KOTA TINGGI -

Lain daripada lain. Itulah yang dapat digambarkan apabila melihat sebatang pokok pisang di Kampung Batu Empat , berbuah pada batang.

Pemiliknya, Salmah Bajuri, 60, berkata, kejadian itu mula disedarinya pada minggu lalu ketika sedang menjemur kain di bahagian belakang rumah.
Menurutnya, sebaik sahaja melihat keadaan pokok itu, dia terus memberitahu anaknya.
“Pada mulanya saya tidak perasan, namun pada pagi itu ketika sedang menjemur kain saya lihat pokok pisang ini seperti berlainan daripada pokok lain.
“Selepas melihat lebih dekat saya dapati buah pisang yang masih muda dan sepatutnya tumbuh di bahagian atas tumbuh di bahagian batang," katanya ibu kepada lima anak itu.
Salmah berkata, benih pokok pisang itu diambil dari rumah ibunya di Kampung Temenin Baru.
"Sejak itu, rumah saya sering dikunjungi saudara mara dan penduduk kampung yang datang rumah untuk melihat sendiri buah pisang ini,” katanya.
Katanya, sebelum ini, dia pernah menjumpai pisang bercabang dua yang tumbuh di bahagian batang pisang ketika bekerja di ladang getah kira kira 20 tahun lalu.
“Bagi saya ia perkara biasa walaupun jarang ditemui. Namun bagi anak-anak mereka agak teruja kerana masing masing baru pertama kali melihat perkara seperti itu

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis