Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, March 28, 2013

Pesanan akhir jadi ptanda

image

JENGKA -

“Mak selalu pesan suruh jaga ayah bila dia tiada nanti,

namun tidak sangka, mak dan ayah ‘pergi’ bersama-sama,” luah anak pasangan suami isteri yang maut dalam kemalangan di kilometer (KM) 46 Jalan Maran - Bandar Jengka - Jerantut pada jam 9.30 malam kelmarin.
Amir Azuan Nizam Husin, 19, berkata, ibunya, Fatimah Taib, 57, sering meluahkan kata-kata itu setelah menghidap sejenis penyakit misteri sejak lapan bulan lalu.
“Mak menghidap penyakit yang tidak diketahui puncanya dan pernah menggunakan kerusi roda. Disebabkan itu, dia selalu pesan supaya menjaga ayah bila dia tiada nanti.
"Tapi semalam (kelmarin), mak dan ayah pergi meninggalkan kami,” katanya.
Amir Azuan Nizam berkata, ibunya bersama ayahnya, Husin Man @ Othman, 62, yang merupakan peneroka tanah rancangan di sini dalam perjalanan menghantar abangnya untuk bekerja di Kuantan.
Difahamkan, pasangan terbabit terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah mereka.
“Kali terakhir saya berjumpa mereka, petang semalam (kelmarin) sebelum mereka berangkat ke Kuantan. Mak ada mengajak saya untuk ikut sama, tapi saya menolak.
“Sebelum mak dan ayah berangkat, mereka berpesan kepada saya supaya menjaga rumah serta diri baik-baik. Selain itu, tiada perubahan pelik ditunjukkan mereka,” katanya yang merupakan anak bongsu dari empat beradik.
Jiran mangsa yang juga Pengerusi Biro Sosial tanah rancangan di sini, Zainol Bahari, 60, berkata, seminggu sebelum kejadian, dia, isteri dan Fatimah merancang untuk pergi berubat di Kampung Lompat, Temerloh.
“Kami naik kereta berasingan. Entah mengapa, Fatimah terlambat dan menghubungi saya memberitahu dia tidak mahu berubat.

"Katanya, tidak payahlah berubat dan biarlah keadaannya begitu. Kata-katanya itu seolah-olah dia sudah tahu yang dia akan ‘pergi’,suami isteri itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah, manakala pemandu Myvi cedera di bahagian lutut

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis