Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Tuesday, March 26, 2013

NEELOFA BELI CENDERA HATI UNTUK HANS

2FMWnpC

Neelofa mengakui sempat membelikan rakan artis paling rapat dengannya, Hans Isaac cendera hati

semasa dirinya membuat penggambaran di luar negara di Maghribi untuk rancangan Nona yang diacarakannya bersama Fara Fauzana.

“Saya tidak beli barang yang mahal pun untuk Hans sebaliknya cendera hati yang ‘kecil’ saja tanda ingatan. Tidak dilupakan, barangan cendera hati seperti cermin, magnet peti sejuk, pemegang kunci dan kemeja-T untuk teman rapat sebagai kenangan,” katanya kepada Harian Metro.

Selain Lofa dan kru Nona, rombongan ini turut disertai seramai 16 orang membabitkan wakil media Malaysia serta stokis dari Vida Beauty Sdn Bhd (selaku penaja) yang diterbangkan ke negara itu pada 22 Februari hingga 1 Mac lalu.

Secara peribadi, Lofa atau nama sebenarnya Noor Neelofa Mohd Noor, 24, berkata, antara tiga bandar yang diterokai kru Nona itu, dia lebih mengagumi Casablanca yang nampak lebih moden dengan pengaruh dari Eropah. – Murai

No comments:

Post a Comment

ShareThis