Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Thursday, March 28, 2013

Mujur Rakan Dan ajar mengucap

image

ALOR SETAR -

Seorang pemandu lori maut apabila motosikal yang ditungganginya bertembung sebuah kereta

dalam kemalangan di Kilometer 10 Jalan Gunung Keriang, di sini, semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.30 pagi itu, motosikal dinaiki mangsa, Kassim Isa, 54, dikatakan dalam perjalanan dari arah Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gunong menuju ke Jalan Sungai Baru, Gunung Keriang bertembung dengan sebuah kereta ketika dia berhenti untuk membelok ke tempat kerjanya di sebuah kedai perkakasan.
Mangsa yang cedera parah  meninggal dunia di tempat kejadian sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) untuk dibedah siasat manakala pemandu kereta hanya cedera ringan.
Saksi, Rosidi Shuib, 42, yang juga merupakan rakan sekerja mangsa berkata, ketika kejadian , dia bersama beberapa rakan sekerja yang lain  berada di tempat kerja bagaimanapun dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat secara tiba-tiba.
“Kemudiannya, kami lihat mangsa terpelanting dan tergolek beberapa kali di atas jalan raya sebelum terjatuh.
“Terkejut dengan kejadian itu, kami segera mendapatkan mangsa untuk mengalihkannya ke kawasan yang lebih selamat malah sempat mengajarnya mengucap sebelum dia  meninggal dunia,” katanya.
Menurutnya, kemalangan sering berlaku di kawasan ini.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis