Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, March 20, 2013

Mekanik maut, empat parah di kilometer 143 di Lebuh Raya Utara Selatan

image
MUAR  -
Seorang mekanik maut selepas kereta yang dipandunya merempuh kenderaan abangnya dari arah belakang


dalam kemalangan di kilometer 143 di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran  Pagoh,.
Dalam kejadian kira-kira jam 5.45 pagi itu, mangsa B Gunalan, 27, meninggal dunia di tempat kejadian, manakala empat penumpang lain terselamat tetapi mengalami kecederaan parah.
Kejadian itu dipercayai berlaku apabila kereta Proton Wira yang dipandu mangsa gagal mengelak kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota  Hilux yang dipandu abangnya, B Suresh, 28, yang ketika itu berada di depan kereta mangsa.
Gunalan yang berasal dari Taman Sri Mahsan, Bahau, Negeri Sembilan maut akibat cedera parah di kepala dan anggota badan manakala seorang adiknya dan tiga rakannya yang turut menaiki kereta sama patah tangan dan kaki.
Suresh yang  mengalami cedera ringan ketika ditemui berkata, kejadian berlaku dengan pantas selepas dia membrek kenderaannya secara tiba-tiba sebelum dirempuh kereta adiknya dari belakang.
“Selepas melanggar kereta saya, kereta Gunalan melanggar pula pembahagi jalan. Akibat kecederaan teruk dia meninggal dunia di tempat kejadian,
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis