Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, March 20, 2013

Lindsay ‘dikurung’ 90 hari di pusat pmulihan

pix_gal1

LINDSAY di mahkamah, semalam.

Los Angeles: Aktres bermasalah, Lindsay Lohan semalam mengelak hukuman penjara, sebaliknya dikenakan hukuman menjalani pemulihan selama 90 hari di sebuah pusat terkurung

Hukuman itu adalah sebahagian daripada persetujuan rayuan yang diputuskan ketika perbicaraannya berkait dengan kes menipu polis hendak dimulakan.

Selebriti berusia 26 tahun itu yang tiba di mahkamah sejam lewat, juga diletakkan di bawah perhatian mahkamah selama dua tahun selepas merayu tidak akan mencabar tuduhan berkait dengan kemalangan kereta di Santa Monica pada Jun 2012.

“Di pusat pemulihan itu, anda tidak dibenarkan keluar. Anda perlu menghabiskan masa dengan menjalani program di pusat itu selama 90 hari sehingga tamat,” kata Hakim Mahkamah Los Angeles, James Dabney.

Masalah perundangan terbaru Lindsay itu berkait dengan kemalangan Jun lalu apabila kereta Porsche yang dipandunya melanggar sebuah trak.

Lohan mulanya mendakwa bukan dia yang memandu kenderaan itu.

Bagaimanapun, siasatan dijalankan menunjukkan Lindsay yang memandu kereta berkenaan.

Pelakon itu dituduh menghalang polis menjalankan siasatan, memberi kenyataan palsu dan memandu secara cuai.

Tuduhan itu bermakna dia melanggar syarat pengawasan yang dikenakan ke atasnya selepas dia didapati bersalah mencuri rantai pada 2011

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis