Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, March 18, 2013

Keluarga Kiram ditahan

frontpage (1)

Lahad Datu: Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib mengesahkan anggota keluarga Jamalul Kiram III antara 104 orang yang ditahan

mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA).

“Anggota keluarga Jamalul Kiram III antara 104 orang yang ditahan mengikut SOSMA,” katanya pada sidang media bersama Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim di Felda Sahabat 16, di sini, semalam.

Hamza berkata, pihaknya sedang menyiasat identiti dan latar belakang individu terbabit kerana percaya ada di antara mereka ahli keluarga Jamalul Kiram III yang menabalkan dirinya sendiri sebagai Sultan Sulu dan mengarahkan pencerobohan ke atas kedaulatan Malaysia.
“Mereka yang ditahan berada di sini dipercayai anggota keluarga (Jamalul) Kiram yang menggunakan nama lain...di sini mereka guna nama lain, di Filipina mereka guna nama lain.

Foto

ANGGOTA keselamatan meronda di simpang Sungai Merah dekat Kampung Tanduo dalam Op Daulat, semalam.

“Ini kita sedang siasat,” katanya sambil menjelaskan bahawa operasi membanteras pengganas yang menceroboh pantai timur Sabah sejak 12 Februari lalu, bukan hanya tertumpu kepada keluarga Jamalul Kiram

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis