Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, March 8, 2013

Kekasih Tiz Penyabar



Pastinya ramai yang sudah mengetahui mengenai pelakon Tiz Zaqyah yang bertemu pengganti kepada cinta hatinya yang dahulu, Remy Ishak
.Semasa bercinta dengan Remy, Tiz dilihat lebih bersifat low profile dan tidak suka menghebahkan mengenai hal peribadinya.

Tetapi kali ini berlainan apabila dia dilihat lebih terbuka dengan selalu memuat naik gambar mesranya dengan kekasihnya yang dikenali sebagai Daniel Haziq di laman Instagramnya.

Menerusi MalaysianDigest, Tiz, 25, menjelaskan, “sekarang ini tidak ada apa yang nak disorokkan lagi. Saya sudah lebih selesa nak kongsi dengan peminat. Saya tahu ada yang suka dan ada yang tak suka. Tapi saya hanya akan berkongsi setakat apa yang boleh dan tidaklah sehingga ke perkara-perkara yang terlalu peribadi”.

Tiz juga memberitahu sikap sopan-santun serta penyabar yang dimiliki teman lelakinya itu menyebabkan hatinya tertambat pada lelaki yang sebaya dengannya itu.

Diharapkan hubungan pelakon cantik ini akan berkekalan sehingga ke jinjang pelamin hendaknya.

No comments:

Post a Comment

ShareThis