Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, March 10, 2013

Kek sambut orang baru

pix_gal1
London: Bagaimana dengan kek hari jadi ini? Tukang masak kini meraikan keajaiban hidup dengan membuat kek berupa bayi yang baru dilahirkan

.
Rekaan aneh itu kelihatan seolah-olah hidup termasuk bayi yang masih mempunyai tali pusat melekat pada tubuhnya.
Sebilah gunting yang dibuat daripada gula aising melengkapkan hadiah selamat datang ke dunia yang cukup pelik itu.
Sebiji kek menunjukkan kepala, lengan dan kaki muncul dari kek berbentuk glob bumi yang dihias dengan corak bunga.
Foto
KEK bayi baru lahir, lengkap dengan tali pusat.
Manakala kek lain menunjukkan seorang bayi yang bogel meniarap sambil menghisap puting.
Satu lagi rekaan agak menakutkan apabila menunjukkan dua kepala bayi bercantum dengan mata putih tersembul.
Hidangan kek berkenaan dibuat bagi menyambut kehadiran insan cilik yang baru lahir.
Bagaimanapun, mungkin terdapat anggota keluarga yang tidak tergamak untuk memotong kek berupa bayi seakan-akan hidup itu.
Satu rekaan yang mungkin boleh dimakan ialah buah tembikai berbentuk bakul yang diisi dengan pelbagai jenis buah-buahan kelihatan seolah-olah seperti bayi di dalam kereta sorong.
Sumber






No comments:

Post a Comment

ShareThis