Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, March 1, 2013

Julia Ziegler Enggan Baik Dengan Sharifah Sakinah

julia

Pelakon Julia Ziegler mengambil pendirian tidak mahu berbaik dengan pelakon Sharifah Sakinah sekalipun aktres tersebut meminta maaf

kerana dikatakan menjadi punca tercetusnya fitnah terhadap Julia beberapa tahun lalu.

Menurut Julia,29, kejadian tersebut merupakan pengalaman paling buruk buatnya selama bergelar artis sehingga membuatkan dia untuk lebih berhati-hati dalam berkawan.

"Sekalipun dia sudah meminta maaf secara peribadi saya tetap tidak akan berkawan rapat dengannya semula kerana saya sudah serik dengan apa yang telah terjadi selama ini.

"Saya tahu dia ingin berbaik dan sudah bercakap dengan beberapa orang artis serta rakan dalam industri bahawa dia ingin meminta maaf dengan saya tapi kenapa tidak berjumpa saya terus," ujarnya kepada mStar Online,di sini, Isnin.

Julia berkata demikian ketika diminta mengulas tentang hubungan dingin antara dia dan aktres Sharifah Sakinah, 24, sejak beberapa tahun lalu yang kembali diperkatakan orang.

Tambah Julia, pertemuannya sehingga membuatkan dia bersalaman dengan Sharifah Sakinah sebelum ini terjadi secara tidak sengaja di sebuah majlis tetapi ia bukan bererti hubungan mereka sudah kembali jernih.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis