Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, March 1, 2013

Jangan Nilai Saya Kerana Gambar - Nabila

refnab

Pelakon Nabila Huda, menyifatkan gambar-gambar yang di muat naik di laman sosial Instagram miliknya adalah sekadar untuk berkongsi tentang kegiatannya dan bukan bertujuan menimbulkan kontroversi.

Kata Nabila, 29, gambar-gambar tersebut kebanyakannya berkisarkan tentang tempat-tempat cantik yang pernah dikunjungi ketika penggambaran atau percutian.

"Ia adalah perkara normal, semua orang akan muat naik gambar-gambar menarik mereka cuma mungkin pakaian saya sedikit seksi tapi sebenarnya bukan itu yang saya ingin tunjukkan kepada umum sebaliknya gambar pemandangan dan latar belakang gambar itu.

"Jangan menilai saya hanya dengan gambar-gambar tersebut, itu adalah kehidupan saya dan saya tidak mahu hipokrit," ujarnya yang enggan mengambil peduli cemuhan masyarakat.

Salah satu gambar yang diambil daripada Instagram Nabila Huda ketika bercuti di sebuah pulau.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis