Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Wednesday, March 20, 2013

Janda Paling Hot di Hollywood

Janda Paling Hot di Hollywood

Katie Holmes. Kemanisan rumah tangga Katie bersama Tom yang disemai selama enam tahun berakhir dengan penceraian yang memeritkan.

Kisah perpisahan mereka hangat diperkatakan memandangkan sebelum ini pasangan sensasi Hollywood itu hidup bahagia dan serasi bersama.

Pelbagai pihak mendakwa faktor utama penceraian adalah kerana ketidakpuasan hati Katie terhadap bekas suaminya yang mendedahkan Suri kepada anutan agama Scientology. Kegagalan rumah tangga yang dialami menyebabkan Katie kehilangan berat badan hampir 30 kilogram.
Namun situasi berkenaan sedikitpun tidak menyebabkan wanita setinggi 175 sentimeter itu dirundung kesedihan yang berpanjangan. Sebaliknya, dia mengisi kekosongan dan memulihkan semangat dengan menceburkan diri dalam bidang fesyen. Kini dia semakin sibuk menyiapkan koleksi busana di bawah jenama Holmes & Yang yang diusahakan bersama sahabat baiknya, Jeanne Yang.
Jennifer Lopez. Antara janda paling hangat di Hollywood. Biarpun bakal menginjak usia 43 tahun pada 24 Julai ini, anak kelahiran The Bronx, New York, Amerika Syarikat (AS) itu masih tampil muda, langsing dan jelita.

Jelas ibu kepada anak kembar Max dan Emme, 3, bukan mudah untuk mengekalkan bentuk fizikal seperti wanita muda. Ia memerlukan disiplin dan ketahanan mental yang tinggi terutamanya yang melibatkan aktiviti senaman serta diet, terang J.Lo bekas isteri kepada penyanyi Marc Anthony.
Katy Perry. Bagi Katy, 28, yang disahkan bercerai dengan Russell Brand, pada bulan Februari lalu, dia mempunyai corak penampilan yang tersendiri. Sebelum ini penyanyi kelahiran Santa Barbara, California, AS, cukup sinonim menyarungkan pakaian karakter animasi dan funky.

Kini pemilik nama sebenar Katheryn Elizabeth Hudson itu memilih untuk tampil dengan rambut berwarna biru. Seperti biasa ada pihak yang memuji, ada juga pihak yang kurang berpuas hati. Mereka menyifatkan tindakan Katy berkenaan akan merosakkan tekstur dan warna asal rambutnya.
Kim Kardashian. Dilahirkan di Los Angeles, sering tampil di kebanyakan acara dalam persalinan hitam atau putih. Bekas isteri, pemain profesional bola keranjang AS, Kris Nathan Humphries itu, menyifatkan warna hitam dan putih menampakkan dia kelihatan seksi serta menawan.

"Jangan prejudis pada warna kerana setiap warna mempunyai aura yang tersendiri. Saya akui ramai wanita menyukai warna merah jambu atau nuansa pastel, tetapi bagi saya hitam dan putih menyuntik penampilan yang mempesonakan," kata Kim dalam satu temu bual.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis