Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, March 8, 2013

Janda 18 tahun kmaruk...


Seorang janda muda yang baru sebulan berpisah dengan bekas suaminya ditahan bersama seorang lelaki yang juga kekasihnya ketika zaman persekolahan
kerana disyaki berkhalwat dalam sebuah bilik sewa di Padang Sera,, awal pagi semalam.

Serbuan dilakukan kira-kira jam 3.30 pagi oleh sepasukan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP), sebelum menemui wanita berusia 18 tahun itu dan pasangannya yang berpura-pura mengaku sebagai pasangan suami isteri.

Turut berada dalam bilik sewa itu ialah seorang bayi lelaki berusia tujuh bulan yang juga anak wanita terbabit dipercayai dijadikan umpan kononnya anak mereka sekali gus untuk mengelak kegiatan tidak bermoral itu diketahui penduduk.

Sumber berkata, ketika pemeriksaan di bilik berkenaan, pintu bilik dibuka seorang lelaki dan seorang wanita serta bayi lelakinya berusia tujuh bulan ditemui dalam bilik itu.

“Selepas meminta dokumen pernikahan untuk membuktikan mereka adalah suami isteri, pasangan itu memberi alasan tertinggal di rumah dan selepas soal siasat lanjut dijalankan, hubungan sebenar mereka diketahui,” katanya.

Difahamkan, pasangan itu dipercayai dari Simpang Empat, Perlis dan sanggup datang ke Padang Sera, di sini untuk melepaskan rindu.

Katanya, pasangan itu akhirnya mengaku mereka hanya kawan dan pernah menjalinkan hubungan ketika zaman persekolahan sebelum wanita terbabit berkahwin dengan lelaki lain.

“Pasangan itu ditahan kerana disyaki berkhalwat
Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis