Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, March 18, 2013

Gembira beakhir tragedi

image (4)

IPOH -

Seorang wanita maut apabila kereta jenis Citroen ZX1.9i yang dinaiki bersama kekasihnya merempuh sebuah kedai basikal

dalam kemalangan di Jalan Pasir Putih, di sini, awal pagi semalam.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh, Deputi Superitendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, kejadian berlaku pada jam 2.45 pagi dan kedua-dua mangsa dipercayai dalam perjalanan pulang ke rumah mereka di Pengkalan, selepas makan lewat malam di sekitar bandar raya ini.
Menurut Wan Sharuddin, penumpang di tempat duduk hadapan, Tang Mun Yi, 19 dari Taman Pengkalan Timur maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala manakala pemandu, Chong Kian Mun, 20 dari Medan Pengkalan Makmur turut parah dan dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).
"Siasatan awal mendapati kereta tersebut dalam perjalanan dari Ipoh menuju Pengkalan sebelum hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh kedai basikal di laluan berkenaan.
"Kita juga tidak menolak kemungkinan kemalangan berkenaan berlaku akibat pemandu mengantuk," katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Menurut Wan Sharuddin, aliran trafik tidak sibuk memandangkan kejadian berlaku pada awal pagi, malah keadaan jalan juga lurus serta cuaca baik semasa kejadian.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis