Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Monday, March 18, 2013

Gambar Rahma Azhari Yang Diramah Mesra

rahma-azhari1bogel

Barangkali memang sesuai dengan sifatnya sebagai artis seksi. Terkini, Rahma Azhari terpaksa berdepan dengan kekecohan disebabkan

munculnya gambar dia bersama seorang lelaki tidak dikenali bermesra dalam keadaan berlebihan di sebuah kelab malam di Jakarta.

Melalui gambar itu, Rahma yang 'bertanduk' hijau kelihatan selesa dan menggoda ketika payu dara kirinya diramas tangan lelaki terbabit. Gambar itu mula menjadi perhatian selepas ia dimuat naik seorang pengendali blog. Sesuai dengan sifat Internet sebagai wadah penyaluran maklumat amat pantas, gambar berkenaan segera berpindah dari satu laman web ke laman web lain dan mengundang pelbagai tanda tanya.
Setakat ini, tiada sebarang kenyataan diberi adik Ayu Azhari itu.
Namun, kontroversi berkaitan dengan aksi seksi dan lucah memang tidak asing kepada model dan pelakon sinetron berusia 28 tahun itu.
Satu ketika dulu - di Internet juga - beredar rakaman video kononnya ketika Rahma bersalin pakaian. Selepas diselidik, rupa-rupanya ia adalah sebahagian daripada babak filem seram lakonannya, Pocong Kamar sebelah. Mungkin bosan dengan satu demi satu pendedahan panas itu, Rahma seolah-olah enggan lagi melayan sebarang gosip seumpama itu.
Malah, katanya, dia bersedia jika ada pihak tertentu terus 'menelanjangi' dirinya.
Jika saya mahu ditelanjangkan, ya, teruskan, walaupun saya sebenarnya berpakaian.
Saya pasrah, terutama dengan perkembangan teknologi kontemporari yang mampu membuat seseorang melakukan pelbagai aksi," katanya.
Komen itu dibuat sebagai reaksi satu klip video menunjukkan seorang wanita seperti Rahma beraksi penuh ghairah dengan seorang lelaki.
Walaupun belum melihat klip berkenaan, Rahma menafikan sekeras-kerasnya dia pernah melakukan aksi itu.
Saya belum menyaksikannya, tapi saya yakin wanita itu bukan saya.
Mengapa agaknya saya terus ditelanjangi di dunia maya. Saya berasa dizalimi. Ingat, ya, doa orang dizalimi mudah makbul," katanya.
Sebenarnya, sejak lama dulu hidup Rahma sentiasa dilingkari kontroversi dan berita sensasi.
Pada akhir 2002, Rahma bikin gempar apabila dilaporkan hamil ketika dia tidak diketahui pernah berkahwin. Tanpa diketahui siapa ayah bayi itu, dua melahirkan anak, Oceans Camilla, sebelum bernikah dengan seorang ahli perniagaan, Alfay Rauf pada 10 Jun 2003.
Namun, bahagia rumah tangga Rahma - Alfay tidak kekal lama. Pada November 2006, pasangan itu bertengkar di tempat terbuka dan disaksikan orang ramai.
Akibatnya, Rahma terpaksa dibawa ke hospital kerana dikasari. Akhir krisis itu tiba apabila Rahma diceraikan secara rasmi pada Februari 2008.
Sembilan bulan kemudian, nama Rahma sekali lagi menjadi perhatian. Kali ini kerana sederet gambar bogelnya bersama kakaknya, Sarah Azhari, beredar di Internet. Laporan polis dibuat dan siasatan masih dijalankan.
Mengenai peranannya dalam filem, Rahma berkata, dia tidak keberatan untuk melakonkan aksi menggoda atau ghairah, asalkan ia memang dikehendaki skrip.
Sesuai dengan kecenderunan penerbit filem seram kini, aksi panas seakan-akan menjadi syarat wajib bagi melengkapkan karya berkenaan.
Kata Rahma, sebagai pelakon, dia hanya menjalankan tugas mengikut kehendak penerbit.
Tambahan pula, katanya, ia berkait dengan permintaan penonton.
Filem dikeluarkan jika mendapat sambutan dan pasaran. Justeru, jika tiada permintaan pasaran, bagaimana filem seram dengan aksi panas boleh dipasarkan?" katanya.
Jika ada mana-mana pihak yang menganggap babak panas itu tidak sesuai ditonton, menjadi tugas pihak lembaga penapisan mengambil tindakan, seperti menyuntingnya sebelum ditayangkan kepada umum.

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis