Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, March 17, 2013

Gambar Mazuin Hamzah di Pekahwinan Diraja anak Sultan Brunei..

mazuin3

Kalau korang nak tahu, inilah gambar terbaru Hajjah Mazuin binti Hamzah.. Mazuin ni merupakan antara artis cun dan popular pada tahun 80-an

yang memang jadi kegilaan ramai jejaka-jejaka di Malaysia.. (termasuklah gua..)
Gambar ni diambil sewaktu Hajjah Mazuin Hamzah menghadiri Majlis Istiadat Berbedak Pengantin Diraja, Perkahwinan Diraja Anak Sultan Brunei yang berlangsung di Balai Singahsana Indera Buana, Istana Nurul Iman pada malam 19.09.2012 lepas.
Untuk info, Mazuin merupakan bekas Isteri kepada Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Bendahara Seri Maharaja Permaisura Pengiran Muda Haji Sufri Bolkiah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien atau lebih dikenali di Malaysia sebagai Pengiran Sufri.
Pada tahun 1987, Mazuin menjadi artis pertama di negara ni yang diangkat sebagai Permaisuri kepada kerabat diRaja apabila berkahwin dengan adik Sultan Brunei..
Mazuin telah dilamar oleh kerabat diRaja tersebut dengan wang hantaran RM1 juta, setelah Pengiran Sufi jatuh hati dengan Mazuin ketika dia mengadakan persembahan di negara tersebut..
Malangnya, perkahwinan selebriti ni hanya bertahan selama 17 tahun dan terlerai ikatan diantara keduanya pada tahun 2004.
Sekarang ni, khabarnya Mazuin dan anaknya telah menetap di Singapura setelah lama bermastautin di London..
Apapun, jodoh pertemuan ditangan Tuhan.., kita cuma hanya mampu merancang.. Dan gua harap, semoga Mazuin berbahagia disamping anak-anak beliau..

a

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis