Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Friday, March 22, 2013

Filem Semi Porno Indonesia Laris Di Malaysia

images

Filem lucah dari Indonesia kini dijadikan pelaris kebanyakan pengedar filem cakera video digital (DVD) cetak rompak tempatan bagi mengaut keuntungan lumayan.

Filem panas dari negara seberang itu dianggap mampu menyaingi filem cetak rompak tempatan berikutan kebanyakan pelakon ditonjolkan ialah artis jelita selain bintang pornografi Jepun dan Barat.
Antara judul terbaru filem semi porno dari negara jiran yang baru memasuki pasaran ialah Ayam Kampus, Skandal, Pelukan Janda Hantu Gerondong, Tante Seksi dan Hantu Tanah Kusir.

Seorang peniaga DVD cetak rompak, Foong, 24, berkata premisnya menjual 100 judul filem Indonesia pelbagai genre terutama filem cinta berunsur erotik dan hantu.

Menurutnya, walaupun dijual RM7 sekeping, namun sambutan pelanggan amat menggalakkan hingga dia membuat ulang tempahan daripada pengedar.


“Biasanya pelanggan tertarik untuk membeli filem dari Indonesia kerana tertarik pada gambar dipaparkan pada kulit album DVD.


“Mereka (pengeluar filem) mengeksploitasi pelakon wanita dengan kebanyakannya berani beraksi ranjang atau menunjukkan aset tubuh untuk menarik perhatian penonton,” katanya.
Menurutnya, kebanyakan filem semi porno ini tidak dibenarkan memasuki pawagam Malaysia, namun sindiket mendapatkan bekalan sebelum membuat salinan di negara ini.
“Ia amat menguntungkan dan setakat ini saya menjual 50 DVD filem Indonesia dalam seminggu,” katanya.
Sementara itu, pengarah filem terkenal, Ahmad Idham menyifatkan filem negara jiran itu wajar diklasifikasikan sebagai filem semi pornografi.
Menurutnya, dia kecewa dengan lambakan filem dan drama terutama dari negara jiran Indonesia yang memasuki pasaran tanah air sewenang-wenangnya.
“Kebanjiran pelbagai filem lucah atau hantu seksi dari Indonesia dalam DVDcetak rompak sejak beberapa bulan kebelakangan ini bukan sesuatu mengejutkan.
“Senario itu sudah lama berlaku di Malaysia cuma yang membezakan genre filem berkenaan,” katanya.
Menurut Ahmad Idham, ketika ini genre seram hangat dan kesempatan itu diambil pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan dengan membawa secara haram filem genre serupa dari negara luar, terutama Indonesia.
Sehubungan itu, beliau mendesak pihak berkuasa supaya lebih tegas kerana ia memberi kesan negatif daripada banyak aspek.

“Ia boleh menyebabkan masalah sosial.
“Filem itu pula dijual secara terbuka termasuk kepada kanak-kanak. Ia turut menjejaskan pendapatan pembikin filem dan drama tanah air kerana kami tidak boleh menghasilkan karya tidak bermoral berkenaan disebabkan banyak faktor termasuk daripada Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF),”

Sumber

No comments:

Post a Comment

ShareThis