Pages

SPONSOR

Followers

sponsor

Sunday, March 10, 2013

Erra Fazira Sabar Layan Karenah Anak

Erra-Fazira1-565x423

Pelakon dan penyanyi yang kini sudah bergelar pengacara, Erra Fazira menyatakan puteri tunggalnya, Engku Aleesya Engku Imran itu sebagai satu-satunya buah hati yang amat disayanginya.

Soal kerja atau urusan lain diletakkan ke tepi demi kasihnya terhadapAleesya. Segala permintaan Aleesya akan dipenuhi selagi tidak memudaratkan.

“Apa yang dia mahu saya akan ikutkan, tak kisahlah aktiviti dalam atau luar. Aleesya anak yang aktif dan lebih cenderung dengan aktiviti membabitkan fizikal seperti bermain di pusat permainan,” katanya memetik laporan Harian Metro, hari ini.

Selain itu, Erra, 39, turut bercerita mengenai keperibadian anaknya yang mula terserlah dari masa ke semasa dengan mengatakan Aleesya seorang anak yang penyayang, prihatin dan boleh mengala tetapi ada masanya keras hati.

Aleesya yang akan menyambut ulangtahun kelahiran ke empat pada 30 Mac ini juga cenderung untuk cenderung dengan muzik dan mudah mencerap apa yang didengar berikutan biasa diperdengarkan dengan muzik dan bacaan al-Quran sejak dalam kandungan.

Kecil-kecil dah pandai layan muzik. Mana tahu dah besar nanti Aleesya bakal mengikut jejak langkah ibunya dengan menjadi seorang penyanyi yang terkenal pula kan.

Sumber

1 comment:

  1. nampak manja macam ibunya...

    http://www.noormalashahar.blogspot.com

    http://www.noormalashahar.com

    ReplyDelete

ShareThis